Saturday 8 July 2017

P E R G I



"Tidur tu hanya untuk lari daripada kenyataan. Bukan melenyapkan terus kenyataan." 
                                                                                           - aA+bB.

Kematian.
Benda yang paling ‘susah’ nak describe sebenarnya.
Benda yang datang tanpa dijemput. Mungkin tanpa sebarang petanda.
Hurm, itulah kematian.
Baru-baru ni, kematian orang yang agak hampir dengan aku.
Jujur, aku tidak pernah mengalami ‘kehilangan abadi’ dalam hidup aku yang melibatkan orang yang begitu dekat dengan aku.
Bila bende tu jadi, its hurt. Sangat.



Aku taktahu kenapa aku ‘berat’ nak terima, walaupun aku tahu itu dah jadi ketetapan Dia. Dia lagi berhak dari aku untuk menyayangi insan itu.
Boleh bayang tak, kau tengah masak, basuh pinggan, sapu kawasan rumah atau buat ape sahaja, mesti terbayang wajah dia. Wajah dia yang takpernah tinggal “senyum lebar” dia.







Wajah dia saat aku panggil nama dia, saat aku tenung dia tajam bila dia hilang fokus, saat aku tutup pintu kalau dia pandang luar kelas, saat dia lalu depan kelas masa aku mengajar kelas dia sebab nak pergi main rugby, saat dia duduk depan aku cerita pasal masalah dia. Its hurt. Takpernah nak lupa reaksi muka dia.

Lagi-lagi bila masa dia tunjuk paper exam dia, dapat 53%. Masa aku nak keluar dari kelas, dia panggil aku. “Ustazah, saya takpercaya saya dapat markah ni. Saya lulus.” Aku cakap aku pun takpercaya. “Nanti akhir tahun ustazah follow up korang and nak tahu Hariz dapat A pulak nanti.” Tapi taksempat..



Mula-mula, aku memang takperasan dia. Sebab dia jarang ada dalam kelas. Dia player rugby. Sebab aku pernah kena soal dengan Teacher Salina lepas keluar dari kelas dia, tegas betul Kak Sally masetuh buat aku takut. Lepastuh nama dia disebut masa tengah berbual dengan Kak Maz, cikgu sukan sekolah tu. Aku terus “aim” dia.

Lepastuh, baru aku panggil dia. Slow talk dengan dia. If kalau dia ade masalah apa-apa sampai takleh nak minat Arab. Dia cakap bukan dia takminat Bahasa Arab, cuma kadang-kadang otak dia takleh terima. Kemudian lepas hari tuh, hari-hari aku akan sebut nama dia if nampak dia melencong sikit dari landasan. Hm, aku cuba buat lawak. Lawak yang macam entah pape. 


After tuh, dia takpernah takmasuk dalam kelas aku tanpa cakap dia pergi mana. Sebenarnya, satu bende yang aku amat-amat terharu bile mengajar kelas dia. Kalau ade perjumpaan ke, ade game atau ape-ape. Diorang akan tunggu sampai aku masuk kelas and mintak izin aku dulu kalau nak pergi mana-mana. 

Aku? Macam biase laaa, aku ni memang takleh lari dari perangai kerek. “Hah, kalau nak keluar, keluar sekarang.” Mula lah serba salah nak keluar. Even yang paling nakal dalam kelas pun serba salah nak keluar. Sebab gaya aku macam halau diorang. Dalam hati, aku memang nak gelak guling-guling habis tengok muka diorang yang serba salah nak keluar. Mereka nampak sangat pentingkan "berkat seorang cikgu."
So, tipu la kalo cakap takpernah taksayang diorang bila perangai diorang makin hari makin buat kau takleh nak berhenti senyum. 

Sampai ade satu ayat tu buat aku terharu “Ustazah, kalau perjumpaan tu habis awal, kitorang janji kitorang masuk balik kelas ustazah.” Hm, diorang sentiase menggembirakan. Mana nak cari students macam tu lagi. Susah dah.






Hari-hari aku imagine suasana nak jumpe diorang. And mase tu jugak wajah Hariz yang sentiasa senyum datang balik. Dia senyum nampak gigi. Semalam mimpi diorang lagi. Tapi Hariz takde. Muka masing-masing makin hensem. Kau boleh bayang, tengok diorang dekat-dekat. Mulut ni takhenti-henti cakap “makin hensem lah korang.” Sebab muka diorang bercahaya. Lighting kuat sangat kot ha ha. Takpelah, jumpa dalam mimpi pun jadi lah.

Kadang aku tertekan jugak. Sebab buat semua bende, ingat diorang. Pastu mula lah sengeh sorang-sorang. Sampai ade satu masa kena tegur dengan adik sendiri. Adik aku syak aku tengah angau bercinta. Adoiii takdernyerrr…

Bila terjaga, ingat je muka-muka diorang. Nak transfer and delete semua gambar dengan video diorang dalam phone, taksanggup. Jadi aku paksa buat kerja lain.Tak tahan sangat, aku paksa diri tidur. Tapi bila tidur, datang dalam mimpi pulak. Dah aku nak buat apeee lagi nih. (-,-)



Sekarang bilangan diorang makin sikit, dengan ade yang pindah. Hariz pulak dah takde. Camne lah kelas diorang sekarang.. Takleh imagine kalau aku still ajar diorang lagi camne. Yang pasal kes aritu pun, diorang semua “takde mood”., diam jerrr. Bila tackle diorang suruh bercakap pun diam. Lama-lama tu baru okay. Ni bila jadi camni pulak, takterbayang lah perasaan diorang sekarang.

Rase nak terbang pergi sana sekarang.


p/s : Terima kasih yang mesej bagi kekuatan. Terima kasih jugak students2 yang whatsapp bagitau ustazah pasal Hariz. Even orang yang first bagitau bende tu guru pembimbing aku, Ustazah Noni. Aku time tu, "Tak konfem lagi ni. Mesti sekarang ade kat hospital je." Lepastuh Hafis 4PN dm kat ig, Alya whatsapp. And masetuh rase macam aku dah hilang dia. For sure. Hurm... Terima kasih jugak pada 2KAA yang bertanya khabar, bagi semangat even ustazah tahu korang lagi sedih sebenarnya. Kita sama-sama merindui arwah. Al-Fatihah Hariz Adri.