Friday 10 March 2017

AKU MANUSIA



“Look at this dandelion.. Kalau awak sayangkan bunga ni, awak akan biarkan ia terbang.. Walaupun menjauh.. Walaupun tak bersama awak. But it's the best for it. It will grow again.. And all over again, it will charm you with its beauty. Love is not about possession. Love is to let your loved one lead a happy life, mo matter how that person chooses it. Not prioritising you happiness but their happiness. If not, don't call it love. Call it possession. Selfishness.. "
                                                                                             - Fido : 13 Jam A380

Lama tak jenguk sini.
Almaklomlah sekarang makin busy dengan praktikal. Hehe.
Sekarang dah masuk dua minggu praktikal.
Perasaan?
Rase nak mati pun ade. Kadang rase tak percaye aku boleh hadap dua minggu nih.


Pagi-pagi kejar punch card before pukul 7.20 pagi.
Pukul 5.30 pagi dah kena bangun. Pukul 6.30 dah kena keluar dari rumah.
Sampai pukul 6.45 kat sekolah. Lepak breakfast dengan Nina dulu dalam kereta.
*Actually sekolah dekat jerr tapi kalau lewat sikit habislahh makan jemm~
Kadang macam robot pun ade.
Masa first week tu takyah cakap lah.. 
Balik petang tu tidor tak ingat duniaaaa dah.
RP selalu buat lepas mengajar. Taksempat nak buat, cuma plan jerr cemane nak mengajar.
Aku dapat kelas tingkatan 1 dan tingkatan 2.
Hari-hari ada kelas. Sakit sikit lahh bila kena buat RP untuk 8 kali kelas seminggu.
Tapi gagahkan jugak. Hahahaha




Alhamdulillah. Dipermudahkan dari awal lapor diri hingga kini.
Walaupun ada badai yang kadang-kadang melanda, tapi cuba jugak kuatkan diri.
Nasib baik dapat partner macam Nina. Supportive sangat.
Dalam hari-hari ada jerr benda yang nak buat 'malukan diri sendiri' 
Time hari jumaat, semua turun pergi bacaan yassin, kitorang dalam bilik guru.
Tetibe dengar suara, 
"Kalau boleh kita harapkan semua guru dapat turun untuk bacaan yassin bersama-sama"
Masa tuhhhhh, hijau wehhh deep sangat dalam hati nih.
Dalam hati, "Cemane aku boleh taktahu pasal nihh?"
Hahahaha. 
Rase nak ketuk kepala nihh. Hahaha.
Masa on the way nak pergi masuk kelas tingkatan 1, slumber nak jalan bila orang tengah nyanyi lagu Negaraku. Semua yang berjalan, berhenti pastu berdiri tegak.
Nina, "Nak jalan ke nak berhenti?"
Aku, "Jalan jelaaa."
Nina, "Berhentilah."
Pastu pandang belakang, cikgu-cikgu lain tengah berdiri tegak nyanyi lagu Negaraku.
And tengah pandang kitorang.
Hahahaha. Nasib berhentiii wehhh :D
Masa dalam bilik guru pun sama. Bila pasang lagu Negaraku, cikgu-cikgu yang duduk mesti bangun tegak menyanyi lagu Negaraku.
Agak-agak aku dengan Nina buat ape?
Paham-paham sendiri lahhh hahahha



Masa first day dah lerrr tak turun perhimpunan.
Awal-awal ingatkan kena jumpa pengetua dulu.
Tunggu punyer tunggu, dengar suara tengah berucap kat bawah.
Hahahahaha rasa nak gelak habis dalam pejabat tuh.




Okay, nak cerita masa first class, masuk kelas tingkatan 2.
Masa sampai kelas tu, kelas kosong.
"Mana diorang nihh.." Cuak jugak masa tuh.
Rupanyer diorang tengah waktu rehat sebelum tuh.
Lepas sorang, sorang masuk.
Tengok-tengok semua lelaki. Otokeeeeeee~
Buat-buat cool. Hahahaha
Lepastuhh macam okay jerrr.
Pelajar ada 18 orang. Sebab kalut sangat, plan taknak suruh pun diorang kenalkan diri.
Tapi termintak diperkenalkan.
Masa tuh perasan Danish dengan Haidar jer sebab duduk depan kat tengah-tengah.
Yang lain macam sepintas lalu jer.
Maaflahhh ustazah ini terlampau berdebar. Hahahahaha.
RP masa tuh ke laut lahhh :D
Hari kedua tuh mengajar macam biasa.
Tapi bila keluar kelas mesti rasa macam,,.... "aku ni salah ke ajar diorang?"


Esok tuh masuk kelas tingkatan 1. Confident sikit dah masa tuh.
First class dah start mengajar sebenarnya. Mula-mula aku kenalpasti student yang takboleh baca al-quran, ada dua orang.
Yang tak boleh baca jawi, ramaiiii.
Tetibe rase bertuah pulak sebab lahir area 90 an nih sebab masa tuh jawi memang diajar sungguh2 kat sekolah.
Bila balik dari sekolah, aku ceghita dekat Fasha yang student aku ada yang takboleh baca quran.
Fasha, "Ain letak speaker time pasang quran tu kat mane?"
Aku, "Kat meja tengah2."
Fasha, "Biasanya kita kena letak dekat depan-depan student yang takboleh baca quran tuh. Barulah diorang akan rasa macam ustazah care pasal diorang."
Esok tuh, aku try buat, budak tuh terkejut bila aku letak speaker betul-betul depan dia.
Lusa tuh dah teros boleh baca.
I'm sooooo happy :)))))
Tenkiyuuuu Fasha.


Dalam sehari tuh memang aku dengan Nina akan dapat kelas relief.
Bila first masuk kelas relief, aku duduk jer kat kerusi cikgu tuh.
Peghatiiii jerrr diorang buat kerja, menyembang, bergurauuuu..
Tapi kalau dah sampai nak gadoh tu, 
"Heyy yang baju merah tuhh duduk duduk!"
"Yang baju biru tuh jangan nak usik kawan awak!"
Tak sangka dengar. Hahhaaha
Pernah masuk kelas tingkatan 2 yang kelas hujung, aku tenung sape2 yang buat bising sampai nak tembus. Hahahhaa
Tahu pun maluuu bila ustazah tenung yerrrr hahaha.
Minggu first dapat relief kelas menengah bawah jer.
Tapi bile masuk minggu kedua dah kena relief menengah atas.
Cuak jugak.
Tapi bila masuk kelas tingkatan 4 okay jerrr. 
Kadang kesian tengok diorang. Menyumpah tuh perkara biasa, mencarut lagi.
Hm. Sedih.
Bila masuk relief tingkatan 5, berdebar wehhh.
Dari jauh, tengok semua lelaki. Biru rase hati. Hahahaha
Yelahhh budak besar2, tinggi2..
Rase nak patah balik bilik guru. Hahahaha
Tapi cekalkan hati masuk jugak.
Nasib meja guru dekat dengan pintu kelas. 
Time tuh ada lah budak2 yang datang menyembang.
Tanya macam2. Aku kalau taknak bagi jawapan cakap jerrr "Teka?"
So sesi Q&A tuhhh macam kuiz hahahha.
Tapi yang paling geram bila kita kat dalam kelas, diorang keluar bertenggek dekat luar kelas.
Kaki nih kena gerak jerrr memanjanggg
Haishhhh
Setakat aku relief nih, memang jarang lah boleh buat RP kat meja cikgu tuh.
Kena berjalan jerrr.
Masa relief satu kelas Tingkatan 5, ade yang terloncat2 lah..

Budak, "Mesti cikgu taknak anak macam kami kan? Cikgu mesti tak boleh nak kawal?"
Aku, "Sape cakap cikgu takboleh kawal?"
Budak, "Betul ke cikgu boleh kawal?"
Budak, "Dulu cikgu pun macam nih jugak."
Diorang diam. Mungkin taksangka.

Lepastuh bila jumpa, mesti senyum lambai-lambai.
Hahahaha.
Budak-budak. Selalu menyentuh hati kita yang dewasa ni.
Dunia mereka takat sekolah lagi mungkin. Sedang kite nih dah jauuuuhh tinggal zaman sekolah ni. Hahaha


Semalam merentas desa kat sekolah, aku dengan Nina dapat Rumah Merah aka Ruby.
First time jaga check point.Selama nih tukang lariii jerr kat sekolah. Hahaha
Masa tengah duduk tepi Kak Bell, ade budak 2KAA datang dekat aku. Name Acap.
Aku, "Dapat nombor tak?"
Acap, "Dapat.. Nombor 2."
Aku, "Wahh tahniah..Nanti ujian bulan 3 ni pun biar dapat A bahasa arab."
Acap senyum. Balasnya, InshaAllah.
Aku, "Ustazah nampak potensi awak akan dapat A nanti."
Acap senyum lagi sambil ucap terima kasih.