Tuesday 23 June 2015

Normal la kan



Assalamualaikum.
Amik kesempatan update blog kejap walaupun still dalam mood exam.
Heee. Ade satu paper lagi.
Tak sabar nak balik.
Sem ni aku exam dalam bulan puasa.
Agak penat la sebab sem ni jugak aku amik tujuh paper.
Nak elak cemane lagi. Kalo sem lepas lain ceghita, banyak outdoor.
So takde la berat sangat bila exam even kadang dalam satu hari tu sampai dua paper.
Okay.
Taknak dah ceghita bab paper. 
Pagi tadi bangun dapat wasep dari abang Ngoh.
Actually dia hantar semalam lagi.
Tapi aku ni kalo banyak wasep yang masuk memang aku takbukak.
dia hantar gambar budak perempuan yang aku kenal time stay kat Johor dulu.
Sabrina. dan adik dia, Syuhada.
Aku tak cam sangat dah budak tu. 
Yang aku cam ayah dia sebab Pakcik Omar tu bestfriend abah aku.
Then, mula rasa kenangan time stay kat sana macam melambai lambai je.
Ecece..
Seriyes aku rindu  giler negeri Darul Takzim tu.
sampai tak tahu nak cakap cemane.
Maybe sebab tu tempat aku membesar.
Childhood aku banyak kat situ.
Perangai tak semengah aku pun banyak berlaku kat situ.


Ni la sekolah aku dulu.
Sk Sri Labis. Sekolah ni sekolah lama sangat dah.
Masa time sekolah dulu, ada bangunan lama yang dah tak guna.
Misteri sangat bangunan tu. 
Ada yang kata sejak zaman Jepun lagi dan ada mayat tentera yang ditanam kat situ.
Kesahihan tu setakat mana pun aku taktahu.
kat sekolah ni pun ada kolam besar. Tapi masa dulu la. 
Taktahu sekarang wujud lagi ke tidak.
Ade kolam besar yang kat hujung tu ada patung anjing laut bermata guli.
Betol-betol depan kelas aku.
Dulu aku selalu feeling duduk atas anjing laut tu.
Bab feeling dari kecik lagi nak wat cemaneee..
Biase abah hantar aku dengan abang Ngoh pukul enam pagi.
Mase tu sekolah ni gelap lagi.
Means aku antara yang terawal sampai kat sekolah.
Pastu mula la suruh abang Ngoh teman pergi bukak lampu kelas.
Yang paling seronok, dulu aku aktif giler sukan.
Lumba lari, lompat tinggi.. semua aku bantai.
Yang paling best lompat tinggi.
Cikgu yang ajar aku tu nama Cikgu Aman.
Hope one day aku dapat jumpa dia lagi.
Then, classmates kat sekolah ni semua baik baik.
Ada satu masa tu aku tak pergi sekolah sebab demam, datang seorang member sampai ke rumah. Pelik sebab si Ain Ilyana yang cergas megas ni takpergi sekolah.
Haha.


Haihh. kes Abang Ngoh la nih.
Habis buat throwback petang petang nih.
Tapi seriyes aku paling rindu Labis.
Kadang taktahu nak describe cemane.
Selain Melaka, Johor antara negeri yang paling aku suka.
Nanti bila dah ada kereta sendiri, nak drive balik Labis.
Nak lawat sekolah.
Nak lawat sekolah agama petang.
Nak lawat tempat tinggal aku dulu.
Mane tau jumpe crush lama..
Haha.
Takde makna nyee Ain Ilyana oii
Okay la. Nak kena hadap satu subjek lagi.
Eventhough banyak lagi nak ceghita, tapi masa tak mengizinkan.
Banyak lagi nak kena study.
Okay nanti bila time lapang, aku datang tulis lagi kat sini.
Babai.


p/s : Actually ni antara cita-cita yang tak tercapai. Konon nak jadi atlet. Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Kan?