Friday 6 May 2016

A K U D A T A N G



“When you can’t put your prayer into words. Allah hears your heart.”
                                                                                   -Syahidatul


Assalamualaikum.
Pecah rekod paling lama tak update blog.
Kemana hilang pun tak tahu lah.
Ececehhh. Ada je cuma bila nak buat entry baru tu ada je halangan dia.
Pernah tu dah nak dekat separuh tulis tapi macam malas nak update.
Hhahaha.
Ni kalo yang ni lepas, kira rezeki la entry baru. Hehe.


Sebenarnya dua tiga hari lepas lagi nak update blog balik.
Tapi sebab kelas tak henti-henti so tangguh dulu.
Minggu depan dua presentation.
Micro teaching lagi.
Hahaha.
InsyaAllah moge dipermudahkan.


Cuti hari pekerja harituh aku pergi Labis, Johor.
Melawat tempat time kecik-kecik dulu.
Sebenarnya hasrat tuh dah lama.
Tapi baru ada kesempatan tuh.
Bila Abengoh offer hasrat nak drive balik sana rasa macam happy semacam.
So, aku tengok tarikh-tarikh yang free untuk pergi sana.
Bila dah tengok kalender, so set nak pergi hari jumaat 29 April 2016.
Lepas pergi pesta buku kat maeps.
Plus, Abengoh study kat UKM so kire macam dekat dah dengan pesta buku.
Aku ajak kazen aku teman pergi sana.
Takdelah aku berdua je yang pergi Labis.







Taraaaaa..
Hahaha. Ni semua novel-novel aku borong.
Semua guna baucer buku. Cuma buku irine nadia yang paling atas tuh aku beli guna duit sendiri.
Nak baca punyer pasal, sanggup pergi cari buku tuhh.
Tapi novel nihh aku simpan sampai habis sem nih.
Sekarang kena fokus study dulu.
Kalo dah start baca, memang takboleh nak stop.
Aku beli novel-novel nihh bukan sebab aku nih jiwang.
Tapi sebab aku suka rasa benda yang aku taktahu kat luar sana.
Biasa kan dalam novel, ada jer yang ceghita pasal luar negara.
So, input tuh aku dapat. Macam dikira travel dalam buku.
Hihihikss.
Tambah lagi, buat aku lagi berkobar-kobar nak pergi tempat-tempat tuh.
Takpe kaki tak jalan asalkan otak aku dah sampai sana.
Hahaha.
Lepas tuh, Abengoh datang lepas solat jumaat.
So, tunggu dia borong buku baru gerak pergi UKM ambik barang dia.
Abengoh ni jenis gila buku jugak. Tapi type buku dia macam buku-buku ilmiah sikit. Buku yang guna ayat-ayat power, buku-buku yang deep.
Kalo aku nak baca buku macamtuhh, aku dah boleh tahu sapa 'pembekal' dia.
If nak tahu, kalo masuk jer bilik Abengohh ni, bersusun buku-buku yang best-best.
Kaki buku sungguh. Macam ala-ala library kalo masuk bilik dia.
Then, aku tumpang solat kat Masjid UKM.
Pastuh makan dekat cafe dekat koleh Abengohh.



Lepastuh teros gerak pergi Labis lepas hantar Wani dengan Su kat stesen ktm.
Dalam kereta tinggal kitorang tiga orang.
Abengohh drive.
Nak sampai Labis tuh dalam 4 jam lebih gak lahh.
Sebab bila sampai Tangkak, ada lagi sejam suku nak sampai Labis.
Imagine lahh dari Tangkak ke Labis tuh jalan raya dah takde lampu jalan dah.
So, memang kena drive tuh dengan lampu tinggi.
Umi dengan Abah banyak kali call tanya dah sampai belom.
Of course lahh diorang lagi risau sebab kitorang pergi bertiga, malam pulak tuhh.
So memang kena hati-hati.
Sebab lalu jalan penuh dengan kelapa sawit.
Kereta pun takbanyak sangat. So agak cepat jugak sampai sana.
Dalam kereta, baru call homestay.
Tu pun sebab umi pesan suruh call ustaz yang buat homestay kat Labis.
Uwarghhhh..
Malas giler.. Abengoh kata tunggu nak dekat sampai baru call.
So, sebelum keluar dari bandar Tangkak tuh baru start call Ustaz tuh.
Ustaz tu nama Ustaz Najid  (019-7080656), Homestay Masjid Labis.
Senang kalo one day nak datang lagi, boleh stay sana.
Nasib sebelom pergi Labis aku dah search awal-awal contact number tuh.
Preparationnnn. Hihi





Kitorang sampai Labis dalam pukul 10.30 malam.
Lepas je keluar dari area Muar, terus nampak Taman Perling.
Rumah pertama aku stay masa kat Labis dulu.
Lepastuhh straight lagi nampak signboard Masjid Labis.
So, terus call Ustaz Najid yang kitorang dah sampai.
Ustaz tu kata terus masuk bilik sewa tuh, esok baru jumpa untuk payment.
Alhamdulillah dipermudahkan.
Masa Abengohh tengah call ustaz Najid tuh, aku tengok sekeliling kawasan tuh.
Macam kawasan sekolah rendah aku dulu.
Tapi tak berapa nak cam sebab ada bangunan tinggi warna kuning yang baru depan sekolah tuh.
Aku sampai jer bilik homestay tuh terus landing atas katil.
Nikmatnyeeeeee dah sampai.
Bau Labis nihh lain macam.
Buat hati aku rasa macam rindu nak pergi lagi.
Biar kejap asalkan aku tengok tempat membesar aku dulu.
Malam tuh, lepas solat isya' aku terus tidur.
Dua orang lagi nak keluar makan, aku cakap taknak join sebab penat.
Padahal bukan aku yang drive. 
Hahahaha.
Tengok lah gambar bilik sewa tuh. Tak ingat dunia letak barang-barang.
Sebab pikir nak tidor jer masa tuh.
Kesian dua orang tuh tak jadik nak keluar pergi makan.
Sorry tergoda dengan aircond bilik tuh.
Esok, bukak jer mata teros solat subuh.
Hati ni tak sabar nak pergi tengok Sk Sri Labis.
Penat aku kejut dua orang tuh suruh teman.
Nasib Fadina faham. Hihi








Ni lahh taman permainan yang ada betul-betul tepi jalan menghala ke sekolah.
Disebabkan masjid tu dekat dengan Sk Sri Labis, so aku jalan kaki jer pergi sana.
Pagi-pagi lepas subuh dah keluar.
Cantik kan taman permainan ni?
Walaupun dah macam uzur, macam tak ada orang guna.
Tapi tetap jer rasa berharga kat depan mata aku.
Tempat ni lahh aku, Abengohh ngan kakak angkat aku, Kak Ila tunggu Ayah Him datang jemput kitorang.
Pernah jugak dulu kitorang tunggu lama giler Ayah Him datang ambik.
So, decide nak balik dengan teksi.
Tapi bila kumpul-kumpul duit ada seringgit dua puluh sen jerr.
Nasib pakcik teksi tolong masa tuh.
Sudi hantar kitorang balik.


Disebabkan Abengohh lambat, aku keluar dulu dengan Fadina.
Fadina ajak aku masuk Sk Sri Labis. 
Tapi disebabkan aku takut, aku stay dulu kat luar.
Pak guard dia semacam jerr tengok.
Tenung macam nak makan.
So aku amik gambar dari luar dulu.












Pastuh patah balik taman permainan, tunggu Abengohh datang.
Bila dia datang, teros dia mintak izin nak masuk sekolah kejap.
Pak guard yang tenung semacam tadi dah takde masa tuh.
Mintak dengan pak guard lain.
Hihiks.
Takpe Abengohh semangat berkobar-kobar nak masuk sekolah.



Tengok tuhh, semangat sangat nak masuk sekolah, diorang tinggal aku kat belakang. 
Dulu ni lah bangunan kelas kak Ila, tempat buat sambutan hari guru.
Bangunan ni menghadap padang.




Padang tuh banyak tinggal kenangan pada aku.
Dulu aku ni atlet sekolah. Ecececehhh
Lumba lari aku kebas. Lompat tinggi aku pun kebas.
Masa aku mula-mula nak pindah balik Besut dulu.
Aku jumpa dengan Cikgu Aman, cikgu sukan merangkap cikgu BM aku dulu.
Tu cikgu yang aku jumpe before aku pindah.
Aku cakap kat cikgu Aman, "Cikgu, saya nak pindah dah."
Dia macam terkejut pastuh siap tanya aku lagi sapa nak ganti aku  nanti dalam sukan.
Kau tahuuu masa tuh rasa berat giler nak pindah.
Aku pindah time aku darjah tiga. Tahun 2002.
Hmm.
Then, aku gerak cari bangunan kelas aku.
Tak jumpa.
Hm, bangunan tu dah roboh. Dan ganti dengan bangunan baru.
Dua bangunan dah takde. Kolam ikan yang besar antara dua bangunan tuh pun dah takde.
Sedih giler bila takdapat nak jenguk kelas lama aku dulu.
Bangunan tu diganti dengan bangunan kaler kuning ni.




Cuma tiga blok yang tinggal.
Blok kelas Kak Ila tadi, Blok kelas Abengohh masa darjah dua, Blok lama kat belakang sekolah.
Yang lain dah takde.
Tempat perhimpunan dulu pun dah takde.




Makcik kerani cakap kat bangunan lama ni pihak sekolah buat PKG.
Pusat Kegiatan Guru.
Seingat aku, bangunan ni dulu tak digunakan. 
Cuma guna untuk orang india buat sambutan hari guru untuk guru-guru India.
Ingat lagi, lepas jer habis persembahan hari guru untuk guru-guru Melayu, terus berlari datang bangunan ni sebab nak tengok persembahan tarian India.
Imagine lahh masa tuh diorang joget joget lagu Hindustan. 
Hahaha.
Seronok.
Ada jugak bangunan lama ni.
Dulu, depan bangunan ni ada satu pondok macam rumah.
Aku selalu main kat situh time rehat.



Ni tandas perempuan.
Hahaha.
Aku ni sejak kecik lagi aku memang penakut dengan tandas sekolah.
Hahaha.
Seingat aku sekali jerr aku pernah masuk tandas ni.
Dua tiga langkah jer masuk pastu keluar balik.
Time datang kali nihh pun memang aku tak masuk.
Takuttt.
Hahaha.
Nasib sekolah rendah kedua aku tuh betul-betul depan rumah tok aku.
Bila aku nak masuk tandas, aku lari balik rumah tok.
Hahaha. Penakut tahap apeee..





Ni kelas Abengohhhhhh. Sekarang letak kelas 1 Bijak.
Dulu Abah aku selalu hantar kitorang pergi sekolah lepas subuh.
Masa tuh kawasan sekolah gelap lagi.
Kira macam orang pertama yang bukak lampu kelas lahh.
Hahaha.
Mula mula aku akan teman Abengohh letak beg kat kelas dia dulu.
Pastu baru dia teman aku pergi kelas aku, 3 Bijak.
Dulu ada dua kelas je. Kelas pertama Kelas Bijak, kelas kedua Kelas Bestari.
Sekarang ni dah taktahu ada berape kelas semuanyaaa...
Tiga tahun aku kat sekolah ni. H
Haishhh kenapa bangunan kelas aku dah takde. Sedihnyee.





Sekolah Kebangsaan Sri Labis.
30 April 2016.
Ain Ilyana dan Muhd Aimullah datang melawat.






Dah habis ronda sekolah, kitorang balik bilik.
Siap siap nak check out.
Nak pergi tengok tempat tempat lain pulak.




Bangunan biru dua tingkat tu homestay kitorang.
Tapi sewa bilik je lah.
Tingkat atas.
Kitorang sewa rm50 semalam.
Tidur semalam jer punn. Hihi.
Tu semua Abengohhh bayar. 




Dalam pukul 10 lebih kitorang gerak keluar dari bilik sewa.
Kami gerak pergi Taman Perling.
Tapi sebelum tuh pergi Tadika Kemas aku dengan Abengohh dulu.
Tempat belajar kitorang bila pertama kali jejak kaki di bumi Labis.




Pintu pagar kuning ni lah yang selalu aku guna time nak balik rumah.
Pergi tadika jer Abah aku hantar, balik tadika sendiri.
Aku, Abengohhh, pastu adik beradik angkat aku (anak pengasuh kedua aku).



Laluan yang selalu aku guna time nak balik dari tadika.
Dulu jalan kampung jer. Jalan kaler putih lagi mase tuh.
Dulu pernah aku kena tinggal dengan Abengohh ngan adik beradik angkat aku sebab tengah berlatih nasyid.
Puas aku buat muka suruh tunggu.
Diorang tinggalkan aku jugak.
Habis nasyid tu aku terus pecut kejar diorang. Masa tuh diorang dah sampai hujung jalan sana.
Geram campur takut masa tuh.
Sampai jer hujung jalan sana terjumpa pulak jentolak orenn yang nama case tuhh.
Dulu aku memang takut dengan case tuhh sebab ada adik beradik angkat aku pernah citer yang atuk dia mati sebab case tuhh kambus atuk dia dengan pasir.
Lepastuhh bila aku nampak jer case tuhh aku patah balik ke belakang. 
Sampai lah case tuh hilang dari mata baru aku berlari sekuat hati balik rumah pengasuh aku.
Geram pulak aku dengan budak dua lelaki dua orang tuhh.
Boleh diorang tinggal aku balik sesorang..


Tempat lori tuhh la aku nampak case tu.
Hahaha.
Rasa nak tergelak bila ingat balik.
Kenapa lah aku boleh percaya bulat-bulat ceghita adik beradik angkat aku tuh.
Hahaha. Budak-budak kan.


Depan bangunan putih ni tempat pengasuh aku Ayah Din dengan Mak Tipah bukak kedai abc lepas diorang dah tak mengasuh aku.
Selalu jugak aku dengan abah pergi makan abc kat sini lepas kelas agama petang.



Ni rumah sewa pertama masa kat Taman Perling, Labis.
Laluan tengah ni selalu jadi tempat aku bermain.
Dulu takde pun semak samun tu.
Aku selalu guna jalan ni pergi kat bangunan kedai belakang sana.
Dan laluan ni jugak aku berlari macam nak mati sebab kena kejar dengan anjing.
Hahaha.
Aku taktahu kenapa aku time kecik dulu memang nakal sangat.
Aku boleh buat muka dekat anjing yang kena kurung dalam pagar rumah orang Cina.
Sekali anjing tu terlepas, biru rasa muka. Jantung macam jatuh atas tanah. 
Lari tak ingat duniaaa la weii..
Sampai masuk rumah tak buang selipar.
Hahaha sapa tak takut kalo kena kejar anjing.


Yang rumah depannya ada poko tu rumah Mak Tipah dengan Ayah Din.
Selang empat lima buah rumah jer dari rumah aku.
Dulu, balik sekolah mesti Mak Tipah masak sup sayur bebola ikan.
Ayah Din pulak orang yang ajar aku sifir lima guna jam.
Kalo dengan Ayah Din, mesti rasa semangat. 
Ayah Din tu kata-kata dia mesti motivated sangat.
Diorang ada tiga orang anak. Semua lelaki. 
Tapi time diorang jadi pengasuh aku, anak diorang baru dua. 
Yang sulung sama umur dengan aku. Aku tak tahu nama dia. So, panggil Along.
Adik Along aku panggil Angah.


Kedai Runcit Idham pun ada lagi.
Kedai ni kedai ayah kawan aku, Syasya.
Syasya ni kire macam kawan baik aku lah time tuh.
Kalo aku takdatang sekolah sebab demam, mesti dia datang rumah tanya kenapa tak pergi sekolah.
Last aku jumpa dia masa aku Form Three, masa famili aku semua datang Labis.




Ni sekolah agama petang aku masa darjah tiga. 
Baru aku tahu nama sekolah agama aku masa ni.
Kat sini takbanyak kenangan sangat.
Kawan sekolah pun kawan yang sama di sekolah pagi.
Pastuh sebab sekolah kejap je kat sini.
Tapi masa sekolah kat sini, first time aku naik bas sekolah.
Best wehh kalo time balik tuh berlari sekuatnya sebab nak dapat tempat duduk.
Aku naik bas sebab rumah aku dah pindah Taman Wawasan masa ni.
Bukan kat Taman Perling dah.




Ni pulak sekolah agama petang masa aku darjah satu dan dua.
Memang kalo sekolah kat sini sampai darjah dua je.
Pastuh kena sambung kat Sekolah Agama Labis pulak.
Nama sekolah ni Sekolah Kebangsaan Labis.
Tepi sekolah ni ada masjid.
Sekarang dah jadi nama Masjid lama Labis.
Dulu lepas jer abah datang ambik aku sekolah ni, mesti abah akan singgah solat Asar kat masjid tu. Sebelum tu mesti beli air tebu yang jual depan masjid tu.
Aku dulu suka bodek Abah guna air tebu. Hahaha.
Tapi masa aku datang kali ni, aku lupa nak singgah masjid tu.
Takde rezeki.









Ni on the way nak pergi Taman Wawasan.
Taman Wawasan ni rumah kedua aku time tinggal kat Labis.
Taman ni area kawasan Bandar Labis.



Taraaaa...
Rumah masa aku darjah tiga.
Rumah ni abah beli. Sekarang abah sewakan kat orang.
Dah lama tak jenguk rumah ni.


Ni belakang rumah aku.
Pernah dulu aku menyorok kat sini sebab merajuk dengan umi abah.
Aku jugak pernah pikir nak lari dari rumah.
Hahaha budak-budak.
Tapi bila pikir macam mana kalo aku dah jumpa parents aku lepastuh.
Teros tak jadi lari dari rumah.
Hahaha.






Pukul 12 lebih kitorang dah bergerak balik KL.
Walaupun datang sini kejap tapi puas.
Sebab dapat tengok tempat dulu-dulu.
Umi siap tanya soalan cepumas lagi 'tak menyesal ke pergi sana?'
Taklah umi. Puas hati.
Cuma bab bangunan kelas aku yang dah takde tu terkilan sikit.
Hahaha.
Okaylahh ceghita aku sampai sini jer dulu.
Nanti InsyaAllah aku datang lagi.
Rindu tuh takkan pernah habis.
By the way, terima kasih Abengohh dengan Fadina sebab bawak aku datang sini.
Teman aku datang sinih.
Tenkayuuuuuu.