Friday 2 October 2015

I L M I S A N J I



“Orang zaman sekarang selalu kata cinta tak pandang rupa. Yeke? Sedangkan kasut pun nak pilih yang cantik-cantik. Itu baru letak dikaki, belum dihati lagi.”
                                                                                                                           -solehah_

Assalamualaikum.
Lama dah kan owner blog nih tak menyinggah masuk sinih.
Heh.
Maklum lah dah start sem baru.
Memang sibuk. Kelas pagi sampai petang dari isnin sampai khamis.
Lelah wehh sebab lecturer pun memang yang jenis takleh nak buat main dah.
Dulu ada jugak lecturer yang jenis boleh lagi rilek.
Sekarang memang takde dah.
So, aku taktahu pulak bila boleh update blog.
Tambah pulak setiap malam hari khamis dan jumaat aku keje part time.
Huh?
Saje nak tambah pengalaman..
Tambah duit saku sikit.
Hehe.


Okeh, semalam aku start keje.
Keje kat kedai buat oblong, twisto, dan seumpama itu.
Bayang lah hari fisrt keje pun Boss dah turun padang.
Aku keje dengan housemate aku, Cik Uni. 
Dua orang je untuk setiap shift.
Kitorang keje dari pukul 7 malam sampai 9 malam.
Kirenye bahagian closing lah. Penat wehh.
Start je maghrib tuh memang ramai sangat customer.
Tak menang tangan. 
Mase buat oblong tuh dengan customer mintak oblong ayam lahh daging lahh..
Dengan roti takcukup lah sebab tak potong lagi.
Dengan sayur bawang semua dah tinggal sikit.
Rase nak nangesss panggil umi abah dah.


Tetibe Boss muncul kat pintu belakang tanye 'Okay ke tak?'
Terus dengan muka sememeh aku cakap 'tak okay..'
Bayang lah customer ramai sampai lupa muka mane yang dah order yang mane belom.
Cik Uni pulak busy amik order, buat twisto lagi..
Teros Boss masuk kedai tolong buat Oblong.
Cik Uni pulak kalut jugak. Kitorang tambah tambah kalut bila Boss ada sekali.
Cik Uni cakap muka Boss dah semacam.
Aku takpayah ceghita laa.. memang lansung tak pandang Boss mase tuhh.
Yang kelakar nye, kitorang taktahu yang tuh Boss kitorang awalnya.
Bila yang keje shift sebelom tuh bagitau baru la tahu.
Memang saat tuh aku rase macam nak behenti keje dan lari jauuuuuuuuuhhhhh.


Ada satu lagi benda yang jadik semalam.
Aku tersalah letak air gula melaka banyak dalam air cendol sawit.
Aku dah pelik mase letak ais tuh, kenapa air gula ni nak dekat penuh gelas?
Punyer la menyorok kan air tu belakang Boss dan cepat cepat letak santan.
Sekali....
Customer foreigner tu pulak cakap 'i want less sugar as usual..'
As usual...?
Boss teros pandang aku. Muka aku hijauuu wei hijauuu..
Boss teros cakap buat balik.
Pastuh Boss dengan rela terpaksa minum air cendol tuh.
Siap sindir sindir aku lagi cakap 'manis sangat air ni...'
Helooo? Kan dah nampak tadi air gula tu banjir dalam gelas kann..
Cik Uni pulak cakap muka Boss garang giler mase suruh Cik Uni tulis order.
Kitorang dah la sama sama pekerja baru. Pastuh sama sama kalut.
Memang jadi la malam tuhh.
Tapi seriyes tu pengalaman yang paling takleh lupa.
Malam ni keje lagi. Doakan dipermudahkan. Aminn.


Balik kepada karakter student pulak.
Sem ni seriyes sangat tough. 
Tengok subjek sem nih. Memang takde chance nak rehat.
Jalan-jalan pun wajib dikurangkan.
Sebelom ghaye haji hari tuh tiga tempat je sempat pergi.
Dataran merdeka, Kg Baru dengan E. Damansara.
Naik je cuti bertimbun esaimen dan pembentangan.
Bayang lah tutorial esaimen lain, kuliah esaimen lain pulak.



Then, sem nih aku belajar dengan Prof Emeritus.
Dulu berangan sangat nak belajar dengn Prof Emeritus sangat kannn...
Sekali amik kau ain..
Memang masuk kelas tu wajib buat revision.
Sorang sorang kena bagi revision last week belajar apeee...
Mula mula kelas je ghase tak cukup nyawa.
Tapi bila dah lama lama tu okay la. Syarat nya muka kena confident.
Haha.
Hari tuh sebelom masuk kelas memang dah set dalam kepala taknak terkeluar perkataan 'hah?'..
Tapi bila dah nama orang Besut nih memang takleh lari..
Sekali Prof suruh tukar guna 'ya?'
Sangat sangat detail. Sebelom nak cakap tu kena pikir dulu.
Sebab kalo tak memang dia tanye sampai rase takmampu nak jawab.
Perkataan 'malas mengulangkaji' tu pun Prof akan tanye.
Malas ulangkaji tu cemane.
'Buat dua tiga ulangkaji ke?' , 'Buat sejam dua ke?' , 'Tak buat lansung latihan.' .
Mana tak macam muka mayat sesorang budak kelas aku tu haaa..
Haha.





Part kelas yang memang bahasa pengantar arab pulak.
Memang lecturer tuh nak setiap orang bentang dalam bahasa arab.
Dah kuning hijau muka aku nih. Individual pulak tuh.
Ada jugak lecturer yang suruh buat bedah buku. 
Senarai tajuk buku lecturer bagi. And only English or Arabic books only.
Memang sangat sangat tough.
21 credit hours lagi tuh.
Tiap tiap sem. Tapi yang ni awal awal dah tak mampu nak bernafas.
Entry kali nih panjang berjelaaa.
Sebab maybe yang seterusnya tak tahu bila boleh update.
Takpe lah. Kalo busy sangat boleh elak dari godaan-godaan luar.
Haha.









Okay lah dah nak siap pergi keje dah.
Nanti update lagi. InshaAllah (:

Tuesday 23 June 2015

Normal la kan



Assalamualaikum.
Amik kesempatan update blog kejap walaupun still dalam mood exam.
Heee. Ade satu paper lagi.
Tak sabar nak balik.
Sem ni aku exam dalam bulan puasa.
Agak penat la sebab sem ni jugak aku amik tujuh paper.
Nak elak cemane lagi. Kalo sem lepas lain ceghita, banyak outdoor.
So takde la berat sangat bila exam even kadang dalam satu hari tu sampai dua paper.
Okay.
Taknak dah ceghita bab paper. 
Pagi tadi bangun dapat wasep dari abang Ngoh.
Actually dia hantar semalam lagi.
Tapi aku ni kalo banyak wasep yang masuk memang aku takbukak.
dia hantar gambar budak perempuan yang aku kenal time stay kat Johor dulu.
Sabrina. dan adik dia, Syuhada.
Aku tak cam sangat dah budak tu. 
Yang aku cam ayah dia sebab Pakcik Omar tu bestfriend abah aku.
Then, mula rasa kenangan time stay kat sana macam melambai lambai je.
Ecece..
Seriyes aku rindu  giler negeri Darul Takzim tu.
sampai tak tahu nak cakap cemane.
Maybe sebab tu tempat aku membesar.
Childhood aku banyak kat situ.
Perangai tak semengah aku pun banyak berlaku kat situ.


Ni la sekolah aku dulu.
Sk Sri Labis. Sekolah ni sekolah lama sangat dah.
Masa time sekolah dulu, ada bangunan lama yang dah tak guna.
Misteri sangat bangunan tu. 
Ada yang kata sejak zaman Jepun lagi dan ada mayat tentera yang ditanam kat situ.
Kesahihan tu setakat mana pun aku taktahu.
kat sekolah ni pun ada kolam besar. Tapi masa dulu la. 
Taktahu sekarang wujud lagi ke tidak.
Ade kolam besar yang kat hujung tu ada patung anjing laut bermata guli.
Betol-betol depan kelas aku.
Dulu aku selalu feeling duduk atas anjing laut tu.
Bab feeling dari kecik lagi nak wat cemaneee..
Biase abah hantar aku dengan abang Ngoh pukul enam pagi.
Mase tu sekolah ni gelap lagi.
Means aku antara yang terawal sampai kat sekolah.
Pastu mula la suruh abang Ngoh teman pergi bukak lampu kelas.
Yang paling seronok, dulu aku aktif giler sukan.
Lumba lari, lompat tinggi.. semua aku bantai.
Yang paling best lompat tinggi.
Cikgu yang ajar aku tu nama Cikgu Aman.
Hope one day aku dapat jumpa dia lagi.
Then, classmates kat sekolah ni semua baik baik.
Ada satu masa tu aku tak pergi sekolah sebab demam, datang seorang member sampai ke rumah. Pelik sebab si Ain Ilyana yang cergas megas ni takpergi sekolah.
Haha.


Haihh. kes Abang Ngoh la nih.
Habis buat throwback petang petang nih.
Tapi seriyes aku paling rindu Labis.
Kadang taktahu nak describe cemane.
Selain Melaka, Johor antara negeri yang paling aku suka.
Nanti bila dah ada kereta sendiri, nak drive balik Labis.
Nak lawat sekolah.
Nak lawat sekolah agama petang.
Nak lawat tempat tinggal aku dulu.
Mane tau jumpe crush lama..
Haha.
Takde makna nyee Ain Ilyana oii
Okay la. Nak kena hadap satu subjek lagi.
Eventhough banyak lagi nak ceghita, tapi masa tak mengizinkan.
Banyak lagi nak kena study.
Okay nanti bila time lapang, aku datang tulis lagi kat sini.
Babai.


p/s : Actually ni antara cita-cita yang tak tercapai. Konon nak jadi atlet. Tapi Allah lebih tahu apa yang terbaik. Kan?





Thursday 28 May 2015

B A N G K A I


“jangan rasa bagus dengan geleng kepala dan bising pada yang salah dan 
pincang , jika kita tidak pernah sinsing lengan untuk membetulkan dan membantu”                     
                                                                                                            -Anthem 

Assalamualaikum.
Arinih genap umor aku 22 tahun. Hwahaha
Rase macam takcaye kan dah lepas umor 20 an.
Rase macam baru semalam amik spm. Haha. Menipuuu.
Sebenarnye aku ni takdenye amik berat pon pasal umor.
Mana taknya, bila orang tanye berape umor aku,
Aku konfius. 21 tahun ke? 22 tahun ke? Ke 23 tahun?
Nampak tak takpernah kesah dengan umor sendiri.
Sampai kena buat calculation 2015 tolak 1993 kat atas kepala otak nih.
Haha.
Okay, bufday kali ni yang paling excited wish adalah abah aku.
Lima hari before tarikh lahir aku abah wish.
Sayang gak abah dekat aku. Kihkih!
That man la selalu takpernah lupa nak wish bufday.
Walaupon aku ni banyak buat abah kecik hati dengan perangai semengah aku nih.
Umi pon.
Tapi through call lah. Tapi umi lambat dua hari. Haha
Thanz sebab sudi lahirkan Na ke dunia.
Dan bagi segala yang diperlukan oleh Ain Ilyana ini.
Cakap pasal nama, Ain Ilyana tuh bukan umi abah aku yang kasi.
Abah kate kawan baik dia yang kasi.
And first time aku jumpe kawan abah tu masa raya tahun lepas.


Okay. disebabkan aku tak berapa sihat arinih.
Terpakse skip ayat berjela-jela.
Aku nak cakap terima kaseh kepada semua yang wish.
Tak kesah la through fesbuk ke, twitter ke, ig ke, wasep direct aku ke.
Yang siap buat kad besar-besar pon. 
Yang menyanyi la.
Yang cakap face to face. 
Yang buat bufday prank yang takjadi tuhh. Time kaseh jugak.
Thanz sbb doa kalian.
Moge Allah makbul.













Ni je sempat aku masukkan dalam lappy.
Yang lain aku dah taklarat.
Boleh pulak time bufday demam selsema.
Peralihan umor kot. Haha
Tambah pulak kena buat presentation kes kaunseling.
Sampaikan time Dr.Tengku tanye pun, otak aku dah takleh nak hadam.
Haha.
Sampai Dr. Tengku suruh aku rest dulu. 
Okay. Kat sinih nak ceghita jugak pasal meatball kat Ikea.
Pergi hari khamis lepas. Habis je kelas teros pergi.
Tu yang pakai baju kurung pergi sana.









Bukan je meatball ade kat sinih.
Macam macam ade.
Yang paling aku suka sup cendawan. 
Tapi kalo korang nak makan meatball kat sinih, better share dengan kawan la.
Sebab kalo makan sorang, Konfem korang takhabis.
Sebab meatball dia seratus peratus daging.
Yang suka, akan excited makan sampai habiss. 
Tapi orang yang takberape suka macam aku nih.
Lambat lambat je masuk dalam mulut.
Nasib amik sup cendawan. Kenyang la jugak perot time tuhh.
Okay la. Ni je entry untuk kali nih.
Lain kali aku ceghita lagi.
Sayonara semua.



nota kaki ; Entry ni dah basi sebenarnya. Saja kasi berkulat dalam draft. Hee Ain Ilyana busy lahhh. Dan pesanan sikit buat budak yang tengah exam ke, akan exam ke, yang tengah fyp ke, yang tengah buat esaimen untuk dihantar minggu ke empat belas ke.  jangan stress sangat. Chill. Buat something for life. Bukan untuk kejar dunia yang taksudah2 nihh. Chill kay?

Saturday 10 January 2015

Just post.


"mana ada law dlm dunia ni, kita suka org tu org tu kena suka kita balik
 - ked's story."


Hei. Assalamualaikum. Hee.
Gap seminggu before last paper. So boleh la jenguk sini nak update blog.
Law dunia? Yeahhh. Itu law dunia. Law aku.
‘You love me or I will force you to love me, huh?’ Haha.
Ayat ni ghimau jer boleh ayat wehh. Kalo terdesak baru boleh cuba cara ni.
Haha.
Tu ayat yang selalu lecturer psikologi aku tanye dalam kuliah dia.
Hampir selalu.
Kat semua student dia la. Bukan aku.
Sebab tuh aku suka belajar ataupon masuk kelas dia. Banyak benda aku tahu.
Banyak benda aku belajar.
Cara nak treat budak. Cara nak paham manusia.



Okeh. Back to the reality. Semalam aku pergi Melaka.
Melaka Bandaraya Bersejarah. Sangat.
Before this aku dah pergi sana dua kali. Semuanya sebab lawatan sekolah.
Mula lawatan darjah enam. Pastu Tingkatan lima.
Kau tahu aku memang sukeee pergi negeri ni. Not sebab manusia dia.
Tapi tempat dia. Lain kali aku nak pergi lagi.
Maybe dengan orang yang sanggup berjalan dengan aku sampai ke hujung melaka.
Haha.












Semalam tak banyak tempat yang aku pergi. Maybe kesuntukan masa.
Tak terlaksana hasrat di hati nak bergambar di A Famosa.
Kali terakhir pun masa Tingkatan lima. Mohon cepat graduate la yee.
Haha.














Lepas tu decide nak singgah Shah Alam dulu before balik um.
Sebab sampai kl pun dah lima petang. So konfem mengadap jem la.
Alang-alang balik ikot Shah Alam.
Lagi hasrat tak tercapai nak maen tiup tiup belon.
Sesat nak pergi SetiaCityMall.
Tepat pukul tujuh malam baru nampak bangunan dia.
Heh.
So lepas makan lepak la kejap kat sana.
Jalan keliling padang dia pun jadi la.
Kecewa sebenarnya. Tapi takpe la.
Pujuk hati balik.
Bukan semua kita nak. Kita akan dapat.
Law dunia la tuu.
Passion takde susah la kan.
Almost semua. Takpe la.
Okeh. Dah malam. Bye.