Saturday 8 July 2017

P E R G I



"Tidur tu hanya untuk lari daripada kenyataan. Bukan melenyapkan terus kenyataan." 
                                                                                           - aA+bB.

Kematian.
Benda yang paling ‘susah’ nak describe sebenarnya.
Benda yang datang tanpa dijemput. Mungkin tanpa sebarang petanda.
Hurm, itulah kematian.
Baru-baru ni, kematian orang yang agak hampir dengan aku.
Jujur, aku tidak pernah mengalami ‘kehilangan abadi’ dalam hidup aku yang melibatkan orang yang begitu dekat dengan aku.
Bila bende tu jadi, its hurt. Sangat.



Aku taktahu kenapa aku ‘berat’ nak terima, walaupun aku tahu itu dah jadi ketetapan Dia. Dia lagi berhak dari aku untuk menyayangi insan itu.
Boleh bayang tak, kau tengah masak, basuh pinggan, sapu kawasan rumah atau buat ape sahaja, mesti terbayang wajah dia. Wajah dia yang takpernah tinggal “senyum lebar” dia.







Wajah dia saat aku panggil nama dia, saat aku tenung dia tajam bila dia hilang fokus, saat aku tutup pintu kalau dia pandang luar kelas, saat dia lalu depan kelas masa aku mengajar kelas dia sebab nak pergi main rugby, saat dia duduk depan aku cerita pasal masalah dia. Its hurt. Takpernah nak lupa reaksi muka dia.

Lagi-lagi bila masa dia tunjuk paper exam dia, dapat 53%. Masa aku nak keluar dari kelas, dia panggil aku. “Ustazah, saya takpercaya saya dapat markah ni. Saya lulus.” Aku cakap aku pun takpercaya. “Nanti akhir tahun ustazah follow up korang and nak tahu Hariz dapat A pulak nanti.” Tapi taksempat..



Mula-mula, aku memang takperasan dia. Sebab dia jarang ada dalam kelas. Dia player rugby. Sebab aku pernah kena soal dengan Teacher Salina lepas keluar dari kelas dia, tegas betul Kak Sally masetuh buat aku takut. Lepastuh nama dia disebut masa tengah berbual dengan Kak Maz, cikgu sukan sekolah tu. Aku terus “aim” dia.

Lepastuh, baru aku panggil dia. Slow talk dengan dia. If kalau dia ade masalah apa-apa sampai takleh nak minat Arab. Dia cakap bukan dia takminat Bahasa Arab, cuma kadang-kadang otak dia takleh terima. Kemudian lepas hari tuh, hari-hari aku akan sebut nama dia if nampak dia melencong sikit dari landasan. Hm, aku cuba buat lawak. Lawak yang macam entah pape. 


After tuh, dia takpernah takmasuk dalam kelas aku tanpa cakap dia pergi mana. Sebenarnya, satu bende yang aku amat-amat terharu bile mengajar kelas dia. Kalau ade perjumpaan ke, ade game atau ape-ape. Diorang akan tunggu sampai aku masuk kelas and mintak izin aku dulu kalau nak pergi mana-mana. 

Aku? Macam biase laaa, aku ni memang takleh lari dari perangai kerek. “Hah, kalau nak keluar, keluar sekarang.” Mula lah serba salah nak keluar. Even yang paling nakal dalam kelas pun serba salah nak keluar. Sebab gaya aku macam halau diorang. Dalam hati, aku memang nak gelak guling-guling habis tengok muka diorang yang serba salah nak keluar. Mereka nampak sangat pentingkan "berkat seorang cikgu."
So, tipu la kalo cakap takpernah taksayang diorang bila perangai diorang makin hari makin buat kau takleh nak berhenti senyum. 

Sampai ade satu ayat tu buat aku terharu “Ustazah, kalau perjumpaan tu habis awal, kitorang janji kitorang masuk balik kelas ustazah.” Hm, diorang sentiase menggembirakan. Mana nak cari students macam tu lagi. Susah dah.






Hari-hari aku imagine suasana nak jumpe diorang. And mase tu jugak wajah Hariz yang sentiasa senyum datang balik. Dia senyum nampak gigi. Semalam mimpi diorang lagi. Tapi Hariz takde. Muka masing-masing makin hensem. Kau boleh bayang, tengok diorang dekat-dekat. Mulut ni takhenti-henti cakap “makin hensem lah korang.” Sebab muka diorang bercahaya. Lighting kuat sangat kot ha ha. Takpelah, jumpa dalam mimpi pun jadi lah.

Kadang aku tertekan jugak. Sebab buat semua bende, ingat diorang. Pastu mula lah sengeh sorang-sorang. Sampai ade satu masa kena tegur dengan adik sendiri. Adik aku syak aku tengah angau bercinta. Adoiii takdernyerrr…

Bila terjaga, ingat je muka-muka diorang. Nak transfer and delete semua gambar dengan video diorang dalam phone, taksanggup. Jadi aku paksa buat kerja lain.Tak tahan sangat, aku paksa diri tidur. Tapi bila tidur, datang dalam mimpi pulak. Dah aku nak buat apeee lagi nih. (-,-)



Sekarang bilangan diorang makin sikit, dengan ade yang pindah. Hariz pulak dah takde. Camne lah kelas diorang sekarang.. Takleh imagine kalau aku still ajar diorang lagi camne. Yang pasal kes aritu pun, diorang semua “takde mood”., diam jerrr. Bila tackle diorang suruh bercakap pun diam. Lama-lama tu baru okay. Ni bila jadi camni pulak, takterbayang lah perasaan diorang sekarang.

Rase nak terbang pergi sana sekarang.


p/s : Terima kasih yang mesej bagi kekuatan. Terima kasih jugak students2 yang whatsapp bagitau ustazah pasal Hariz. Even orang yang first bagitau bende tu guru pembimbing aku, Ustazah Noni. Aku time tu, "Tak konfem lagi ni. Mesti sekarang ade kat hospital je." Lepastuh Hafis 4PN dm kat ig, Alya whatsapp. And masetuh rase macam aku dah hilang dia. For sure. Hurm... Terima kasih jugak pada 2KAA yang bertanya khabar, bagi semangat even ustazah tahu korang lagi sedih sebenarnya. Kita sama-sama merindui arwah. Al-Fatihah Hariz Adri.


S A K I T



“Fokus pada orang yang sayang kita. Yang lain tu tak payah pikir."
                                                                             -Asya

Assalamualaikum.
Alhamdulillah sebab diberi peluang lagi untuk update blog entah ape-ape ni.
Kalau nanti dah busy memang takdenyer nak hadap semua ni.
Yeke busy nanti? Hihi
Sekarang tengah tunggu ex-roomate kite nak pergi rumah dia kat Kajang.
Bukak puase dengan famili Ija before balik Besut for good.


Ade masa, internet tengah laju kite update satu post.
Its about my life as a practical teacher. Ha Ha Ha.
Mula-mula memang aku sendiri takut sebab aku rase tak mampu.
Aku tak suka berada dalam keadaan orang ramai.
Aku tak suka diperhati.
Aku jadi takut. Hahaha
Entah. Padahal bile situasi tu datang, aku okay jer sebenarnya.
Maybe sebab aku selalu pikir bukan-bukan.
Peristiwa yang tak terjadi lagi.
Yes, aku paranoid. Paranoid dengan orang sekeliling.
Tapi bende tu hilang bile aku jadi cikgu.
Rase nak tegur semua orang. Rasa nak senyum kat semua orang.
Sebab aku memang susah nak senyum sebenarnya. Ha Ha Ha.


And masa aku jadi cikgu praktikal jugak lah birthday aku disambut dengan meriah.
Yelahh sebelum ni parents kite sambut.
Kawan kite sambut. Tapi tak sama.
Rasa macam tuan puteri harituh.
Hahaha.
Tapi ape yang orang taktahu disebalik hari tu.
Hari yang amat menyedihkan bagi Ain Ilyana. Hahaha
Malam sebelum birthday tu memang aku tidur awal sebab aku mengantuk.
Kalau aku mengantuk, laptop atas perut pun bawak tidur sekali. Hahaha
Bangun pagi tu dapat satu misscall dari kawan aku, Kirah.
Bukak whatsapp ade wish dr Kirah. 
Konfem dia pelik sebab aku tidor awal. Haha
Pagi tu sebelum nak pergi sekolah, gaduh dengan housemates.
Ape yang terrible sangat pagi-pagi kalau dah gaduh kan?
Sangat terrible sebenarnya.
Biasa Nina sampai aku dah siap. Tapi pagi tu aku berkurung dalam bilik.
Tunggu sampai housemates aku keluar.
Then baru keluar siap-siap semua.
Masa tengah bersiap tu memang nangis jerr takleh tahan.
Nak lintas jalan pergi kat kereta Nina macam mayat hidup.
Tak kisah dah nak kena langgar ke ape.
Sebab sedih tu Tuhan je tahu.
Masuk kereta Nina tanya kenapa.
Aku memang takleh la kalau orang tanye kenapa.
Memang seguni air mata menangis takleh cakap apa-apa kat Nina.
Sampai kat pintu pagar sekolah pun manangis lagi.
Takleh nak tahan sedih tu macam mane.


Biasa kalau aku lalu depan budak-budak tengah berhimpun, 
memang budak 1 Delima akan jerit panggil aku.
"Ustazahhh"
Pagi tuh aku jalan cepat-cepat, menyorok di sebalik Nina.
Sebab aku taknak menangis depan diorang.
Sampai kat meja guru, dapat wish bufday dari Abah.
Dari beberapa orang kawan. Tapi aku takbalas kecuali yang Abah.
Sebab memang takde mood sangat masa tu.
Kang ade yang menangis lagi.
Nina datang kat meja aku. Cakap suruh aku turun dulu sebab handphone dia tertinggal dalam kereta.
So aku turun sorang. Biase aku memang akan berdiri dekat tiang gajah menyusur.
Sebab pagi-pagi akan ade cikgu yang bagi ucapan.
Yang akan sama-sama menyanyi lagu Negaraku.
Bila habis lagu Negaraku.
Datang Haikal dengan Marzuq.
Aku dah takpandang dia sebab mata aku memang sembab giler masa tu.
Dia pelik, bila start dia tanye "Kenapa ustazah?"
Aku dah risau takut ternangis depan budak.
Si Marzuq selamberr menyanyi lagu 'hapy birthday'. 
Hahaha.
Boleh cover nak keluar air mata tu.



Bila tengah makan portluck yang cikgu-cikgu buat pagi tu.
Tetibe bunyi siren kebakaran.
Adoii potong sungguh. Baru nak makan best-best time tu. Haha.




Kebetulan bila fire drill tu habis, ade lagi 10 minit nak masuk kelas 1 Delima.
Aku gerak nak naik bilik guru balik.
Tapi Fatihah dengan Wan beriya nak tolong aku angkat barang.
Masalahnya memang takde barang. 
Aku nak pergi tandas. Tapi diorang berdegil nak ikut tolong aku.
Last-last aku bagi buku teks kat tangan, pastu suruh diorang masuk kelas.
Sebab aku nak pergi tandas.
Nak kena cover balik muka yang sememek ni.
Tulahh siapa suruh nangis. Hahaha.
Keluar dari tandas. Tercenggul dua orang tu duk tunggu aku.
Cakap, "Silakan lalu  tuan puteriii..."
Pelik. Tapi memang takde syak ape-ape.
Bila nak naik tangga, Cikgu Khaw panggil cakap Datin nak jumpe kat depan lift.
Datin nasihat jangan buat jamuan masa PdP. 
Sebab kebetulan semalam kelas Nina buat jamuan untuk ustazah diorang.
And diorang pun ajak aku sekali.
So aku angguk and sengih jer masa tu.
Then, bila sampai depan kelas 1 Delima. Pintu tertutup.
Haihh nak buat ape budak-budak tu.
Bukak pintu, diorang semua bangun bagi salam.
Kemudian baca doa macam biase.
Tiba-tiba ramai-ramai nyanyi lagu "Happy Bufday"
Aku rase memang muka hijauuu giler time tu sebab Datin kat kelas sebelah.
Dalam hati aku, "Hahhh sudah... mati aku." Hahahha.
Suruh diorang semua senyap memang takdernye nak dengar suara aku time tu.
Lepastuh si Zul keluarkan kek siap pasang lilin.
"Matiiiiii aku kali ni....." Hahaha
Nampak Datin jenguk. Adoiii nak lari keluar dari kelas masa tuh.
Hahahaha.
Sebakul jugak lah budak 1Delima kena bebel dengan Datin.
"Sorry Datin, taksempat nak warning. Sebab taktahu diorang nak buat surprise."





Tunggu rehat, baru bagi diorang makan.
Siap ade yang bawak bihun goreng, aiskrim, air gas. 
Rase macam bila lah budak-budak ni rancang.
Hahaha.
Terima kasih 1 Delima sebab buat birthday surprise even kena marah dengan Datin.
Hahahaha.
Zul pun masuk sekali. Habis dia tibai kek sampai berpotong-potong.
Marah jugak la budak perempuan 1 Delima dengan zul time tuh.
Hahahaa.



Bila dah habis kelas, aku tunggu waktu solat.
Sebab nak terus solat Zuhur sebelum balik rumah.
Tiba-tiba geng Alya datang.
Mintak call Domino.
Aku bagi phone suruh diorang call sendiri. 
Asyik gelak jer budak-budak tu.
Sampai operator tu macam nak marah la jugak.
Customers kerje gelak je. 
Sabar bang, budak form one memang cenggitu. Hahaha
Last2 aku tolong order je terus.
Bila selesai solat, Amirah dengan Bella datang panggil suruh pergi 1Delima.
Nak ajak Nina tapi dia pulak puasa harituh.





Terima kasih Alya, Bella, Amirah, Arifah dan Teha.
Sebab sudi stay back nak sambut bufday Ustazah.
Actually diorang ni tak bercakap hampir seminggu dah dengan ustazah.
Bila tanye, diam.
Taknak tengok ustazah. Tapi marahnya bukan lama.
Baru tahu Alya kalau merajuk... haru hidup ustazah.
Hahahaha.
Tengah makan-makan tu, tetibe datang tiga students Nina.
Cakap, "Ustazah, ustazah Nina panggil. Budak KAA bergaduh. Asyraf dengan Danish Amani. Ustazah Nina dah stopkan diorang. Tapi diorang taknak dengar"
Mula-mula macam nak percaya la jugak. Hahaha
Alya bisik, "Entah-entah diorang nak prank ustazah kott.."
Hm, something fishyyyy...
Tapi pergi la jugak sebab diorang suruh aku pergi.
Phone dengan handbag semua tinggal kat 1D. 
Kononnya macam bergaduh betul kannn.. Hahaha



Sampai blok pejabat, Nina tengah berdiri kat tepi bangunan.
Dengan serius muka dia, buat aku hampir percaya.
Lepastu suruh aku bukak pintu bilik keselamatan kat hujung bangunan tu.
Aku dah pelik.
Memang pelik. Dah kenapa nak bergaduh dalam bilik ni.
Bukak pintu slow-slow.
Tengok Haniff dengan Fikri tepi pintu.
Hahaha
Nak buat surprise la ni? Haha
Ramai-ramai nyanyi lagu "Allah selamatkan kamu"
Huaaaaaa terharuuu.
Sebab dua hari ni ramai duk tanye budak KAA takde buat jamuan kat ustazah ke?
Sedih la jugak sebab ingat memang takdela kan.
Terima kasih sebab plan semua ni.
Plan untuk insan biasa ni.















Menjadi guru mereka adalah bende yang paling indah dalam hidup aku.
Aku taknak lupa mereka.
Sebab mereka sangat bermakna dalam hidup aku.
Terima kasih sebab sambut bufday ustazah.
Terima kasih sebab rancang semua ni.
Taklupa jugak buat 2Nilam yang sama-sama sambut even sehari awal.
Moge kite bertemu lagi. 
:')


p/s : Post yang dah lama tulis tapi baru nak up. Disebabkan masalah teknikal. Heee 






Friday 10 March 2017

AKU MANUSIA



“Look at this dandelion.. Kalau awak sayangkan bunga ni, awak akan biarkan ia terbang.. Walaupun menjauh.. Walaupun tak bersama awak. But it's the best for it. It will grow again.. And all over again, it will charm you with its beauty. Love is not about possession. Love is to let your loved one lead a happy life, mo matter how that person chooses it. Not prioritising you happiness but their happiness. If not, don't call it love. Call it possession. Selfishness.. "
                                                                                             - Fido : 13 Jam A380

Lama tak jenguk sini.
Almaklomlah sekarang makin busy dengan praktikal. Hehe.
Sekarang dah masuk dua minggu praktikal.
Perasaan?
Rase nak mati pun ade. Kadang rase tak percaye aku boleh hadap dua minggu nih.


Pagi-pagi kejar punch card before pukul 7.20 pagi.
Pukul 5.30 pagi dah kena bangun. Pukul 6.30 dah kena keluar dari rumah.
Sampai pukul 6.45 kat sekolah. Lepak breakfast dengan Nina dulu dalam kereta.
*Actually sekolah dekat jerr tapi kalau lewat sikit habislahh makan jemm~
Kadang macam robot pun ade.
Masa first week tu takyah cakap lah.. 
Balik petang tu tidor tak ingat duniaaaa dah.
RP selalu buat lepas mengajar. Taksempat nak buat, cuma plan jerr cemane nak mengajar.
Aku dapat kelas tingkatan 1 dan tingkatan 2.
Hari-hari ada kelas. Sakit sikit lahh bila kena buat RP untuk 8 kali kelas seminggu.
Tapi gagahkan jugak. Hahahaha




Alhamdulillah. Dipermudahkan dari awal lapor diri hingga kini.
Walaupun ada badai yang kadang-kadang melanda, tapi cuba jugak kuatkan diri.
Nasib baik dapat partner macam Nina. Supportive sangat.
Dalam hari-hari ada jerr benda yang nak buat 'malukan diri sendiri' 
Time hari jumaat, semua turun pergi bacaan yassin, kitorang dalam bilik guru.
Tetibe dengar suara, 
"Kalau boleh kita harapkan semua guru dapat turun untuk bacaan yassin bersama-sama"
Masa tuhhhhh, hijau wehhh deep sangat dalam hati nih.
Dalam hati, "Cemane aku boleh taktahu pasal nihh?"
Hahahaha. 
Rase nak ketuk kepala nihh. Hahaha.
Masa on the way nak pergi masuk kelas tingkatan 1, slumber nak jalan bila orang tengah nyanyi lagu Negaraku. Semua yang berjalan, berhenti pastu berdiri tegak.
Nina, "Nak jalan ke nak berhenti?"
Aku, "Jalan jelaaa."
Nina, "Berhentilah."
Pastu pandang belakang, cikgu-cikgu lain tengah berdiri tegak nyanyi lagu Negaraku.
And tengah pandang kitorang.
Hahahaha. Nasib berhentiii wehhh :D
Masa dalam bilik guru pun sama. Bila pasang lagu Negaraku, cikgu-cikgu yang duduk mesti bangun tegak menyanyi lagu Negaraku.
Agak-agak aku dengan Nina buat ape?
Paham-paham sendiri lahhh hahahha



Masa first day dah lerrr tak turun perhimpunan.
Awal-awal ingatkan kena jumpa pengetua dulu.
Tunggu punyer tunggu, dengar suara tengah berucap kat bawah.
Hahahahaha rasa nak gelak habis dalam pejabat tuh.




Okay, nak cerita masa first class, masuk kelas tingkatan 2.
Masa sampai kelas tu, kelas kosong.
"Mana diorang nihh.." Cuak jugak masa tuh.
Rupanyer diorang tengah waktu rehat sebelum tuh.
Lepas sorang, sorang masuk.
Tengok-tengok semua lelaki. Otokeeeeeee~
Buat-buat cool. Hahahaha
Lepastuhh macam okay jerrr.
Pelajar ada 18 orang. Sebab kalut sangat, plan taknak suruh pun diorang kenalkan diri.
Tapi termintak diperkenalkan.
Masa tuh perasan Danish dengan Haidar jer sebab duduk depan kat tengah-tengah.
Yang lain macam sepintas lalu jer.
Maaflahhh ustazah ini terlampau berdebar. Hahahahaha.
RP masa tuh ke laut lahhh :D
Hari kedua tuh mengajar macam biasa.
Tapi bila keluar kelas mesti rasa macam,,.... "aku ni salah ke ajar diorang?"


Esok tuh masuk kelas tingkatan 1. Confident sikit dah masa tuh.
First class dah start mengajar sebenarnya. Mula-mula aku kenalpasti student yang takboleh baca al-quran, ada dua orang.
Yang tak boleh baca jawi, ramaiiii.
Tetibe rase bertuah pulak sebab lahir area 90 an nih sebab masa tuh jawi memang diajar sungguh2 kat sekolah.
Bila balik dari sekolah, aku ceghita dekat Fasha yang student aku ada yang takboleh baca quran.
Fasha, "Ain letak speaker time pasang quran tu kat mane?"
Aku, "Kat meja tengah2."
Fasha, "Biasanya kita kena letak dekat depan-depan student yang takboleh baca quran tuh. Barulah diorang akan rasa macam ustazah care pasal diorang."
Esok tuh, aku try buat, budak tuh terkejut bila aku letak speaker betul-betul depan dia.
Lusa tuh dah teros boleh baca.
I'm sooooo happy :)))))
Tenkiyuuuu Fasha.


Dalam sehari tuh memang aku dengan Nina akan dapat kelas relief.
Bila first masuk kelas relief, aku duduk jer kat kerusi cikgu tuh.
Peghatiiii jerrr diorang buat kerja, menyembang, bergurauuuu..
Tapi kalau dah sampai nak gadoh tu, 
"Heyy yang baju merah tuhh duduk duduk!"
"Yang baju biru tuh jangan nak usik kawan awak!"
Tak sangka dengar. Hahhaaha
Pernah masuk kelas tingkatan 2 yang kelas hujung, aku tenung sape2 yang buat bising sampai nak tembus. Hahahhaa
Tahu pun maluuu bila ustazah tenung yerrrr hahaha.
Minggu first dapat relief kelas menengah bawah jer.
Tapi bile masuk minggu kedua dah kena relief menengah atas.
Cuak jugak.
Tapi bila masuk kelas tingkatan 4 okay jerrr. 
Kadang kesian tengok diorang. Menyumpah tuh perkara biasa, mencarut lagi.
Hm. Sedih.
Bila masuk relief tingkatan 5, berdebar wehhh.
Dari jauh, tengok semua lelaki. Biru rase hati. Hahahaha
Yelahhh budak besar2, tinggi2..
Rase nak patah balik bilik guru. Hahahaha
Tapi cekalkan hati masuk jugak.
Nasib meja guru dekat dengan pintu kelas. 
Time tuh ada lah budak2 yang datang menyembang.
Tanya macam2. Aku kalau taknak bagi jawapan cakap jerrr "Teka?"
So sesi Q&A tuhhh macam kuiz hahahha.
Tapi yang paling geram bila kita kat dalam kelas, diorang keluar bertenggek dekat luar kelas.
Kaki nih kena gerak jerrr memanjanggg
Haishhhh
Setakat aku relief nih, memang jarang lah boleh buat RP kat meja cikgu tuh.
Kena berjalan jerrr.
Masa relief satu kelas Tingkatan 5, ade yang terloncat2 lah..

Budak, "Mesti cikgu taknak anak macam kami kan? Cikgu mesti tak boleh nak kawal?"
Aku, "Sape cakap cikgu takboleh kawal?"
Budak, "Betul ke cikgu boleh kawal?"
Budak, "Dulu cikgu pun macam nih jugak."
Diorang diam. Mungkin taksangka.

Lepastuh bila jumpa, mesti senyum lambai-lambai.
Hahahaha.
Budak-budak. Selalu menyentuh hati kita yang dewasa ni.
Dunia mereka takat sekolah lagi mungkin. Sedang kite nih dah jauuuuhh tinggal zaman sekolah ni. Hahaha


Semalam merentas desa kat sekolah, aku dengan Nina dapat Rumah Merah aka Ruby.
First time jaga check point.Selama nih tukang lariii jerr kat sekolah. Hahaha
Masa tengah duduk tepi Kak Bell, ade budak 2KAA datang dekat aku. Name Acap.
Aku, "Dapat nombor tak?"
Acap, "Dapat.. Nombor 2."
Aku, "Wahh tahniah..Nanti ujian bulan 3 ni pun biar dapat A bahasa arab."
Acap senyum. Balasnya, InshaAllah.
Aku, "Ustazah nampak potensi awak akan dapat A nanti."
Acap senyum lagi sambil ucap terima kasih.