"Tidur tu hanya untuk
lari daripada kenyataan. Bukan melenyapkan terus kenyataan."
- aA+bB.
Kematian.
Benda yang paling ‘susah’ nak describe
sebenarnya.
Benda yang datang tanpa dijemput. Mungkin
tanpa sebarang petanda.
Hurm, itulah kematian.
Baru-baru ni, kematian orang yang agak
hampir dengan aku.
Jujur, aku tidak pernah mengalami
‘kehilangan abadi’ dalam hidup aku yang melibatkan orang yang begitu dekat
dengan aku.
Bila bende tu jadi, its hurt. Sangat.
Aku taktahu kenapa aku ‘berat’ nak terima,
walaupun aku tahu itu dah jadi ketetapan Dia. Dia lagi berhak dari aku untuk
menyayangi insan itu.
Boleh bayang tak, kau tengah masak, basuh
pinggan, sapu kawasan rumah atau buat ape sahaja, mesti terbayang wajah dia.
Wajah dia yang takpernah tinggal “senyum lebar” dia.
Wajah dia saat aku panggil nama dia, saat
aku tenung dia tajam bila dia hilang fokus, saat aku tutup pintu kalau dia
pandang luar kelas, saat dia lalu depan kelas masa aku mengajar kelas dia sebab
nak pergi main rugby, saat dia duduk depan aku cerita pasal masalah dia. Its
hurt. Takpernah nak lupa reaksi muka dia.
Lagi-lagi bila masa dia tunjuk paper exam
dia, dapat 53%. Masa aku nak keluar dari kelas, dia panggil aku. “Ustazah, saya
takpercaya saya dapat markah ni. Saya lulus.” Aku cakap aku pun takpercaya.
“Nanti akhir tahun ustazah follow up korang and nak tahu Hariz dapat A pulak
nanti.” Tapi taksempat..
Mula-mula, aku memang takperasan dia.
Sebab dia jarang ada dalam kelas. Dia player rugby. Sebab aku pernah kena soal
dengan Teacher Salina lepas keluar dari kelas dia, tegas betul Kak Sally
masetuh buat aku takut. Lepastuh nama dia disebut masa tengah berbual dengan
Kak Maz, cikgu sukan sekolah tu. Aku terus “aim” dia.
Lepastuh, baru aku panggil dia. Slow talk
dengan dia. If kalau dia ade masalah apa-apa sampai takleh nak minat Arab. Dia
cakap bukan dia takminat Bahasa Arab, cuma kadang-kadang otak dia takleh
terima. Kemudian lepas hari tuh, hari-hari aku akan sebut nama dia if nampak
dia melencong sikit dari landasan. Hm, aku cuba buat lawak. Lawak yang macam
entah pape.
After tuh, dia takpernah takmasuk dalam
kelas aku tanpa cakap dia pergi mana. Sebenarnya, satu bende yang aku amat-amat
terharu bile mengajar kelas dia. Kalau ade perjumpaan ke, ade game atau
ape-ape. Diorang akan tunggu sampai aku masuk kelas and mintak izin aku dulu
kalau nak pergi mana-mana.
Aku? Macam biase laaa, aku ni memang takleh lari dari perangai
kerek. “Hah, kalau nak keluar, keluar sekarang.” Mula lah serba salah nak
keluar. Even yang paling nakal dalam kelas pun serba salah nak keluar. Sebab
gaya aku macam halau diorang. Dalam hati, aku memang nak gelak guling-guling habis tengok
muka diorang yang serba salah nak keluar. Mereka nampak sangat pentingkan "berkat seorang cikgu."
So, tipu la kalo cakap takpernah taksayang diorang bila perangai diorang makin hari makin buat kau takleh nak berhenti senyum.
Sampai ade satu ayat tu buat aku
terharu “Ustazah, kalau perjumpaan tu habis awal, kitorang janji kitorang masuk
balik kelas ustazah.” Hm, diorang sentiase menggembirakan. Mana nak cari students
macam tu lagi. Susah dah.
Hari-hari aku imagine suasana nak jumpe
diorang. And mase tu jugak wajah Hariz yang sentiasa senyum datang balik. Dia
senyum nampak gigi. Semalam mimpi diorang lagi. Tapi Hariz takde. Muka
masing-masing makin hensem. Kau boleh bayang, tengok diorang dekat-dekat. Mulut
ni takhenti-henti cakap “makin hensem lah korang.” Sebab muka diorang
bercahaya. Lighting kuat sangat kot ha ha. Takpelah, jumpa dalam mimpi pun jadi
lah.
Kadang aku tertekan jugak. Sebab buat
semua bende, ingat diorang. Pastu mula lah sengeh sorang-sorang. Sampai ade
satu masa kena tegur dengan adik sendiri. Adik aku syak aku tengah angau
bercinta. Adoiii takdernyerrr…
Bila terjaga, ingat je muka-muka diorang. Nak
transfer and delete semua gambar dengan video diorang dalam phone, taksanggup. Jadi
aku paksa buat kerja lain.Tak tahan sangat, aku paksa diri tidur. Tapi bila
tidur, datang dalam mimpi pulak. Dah aku nak buat apeee lagi nih. (-,-)
Sekarang bilangan diorang makin sikit,
dengan ade yang pindah. Hariz pulak dah takde. Camne lah kelas diorang
sekarang.. Takleh imagine kalau aku still ajar diorang lagi camne. Yang pasal
kes aritu pun, diorang semua “takde mood”., diam jerrr. Bila tackle diorang suruh
bercakap pun diam. Lama-lama tu baru okay. Ni bila jadi camni pulak,
takterbayang lah perasaan diorang sekarang.
Rase nak terbang pergi sana sekarang.
p/s : Terima kasih yang mesej bagi kekuatan. Terima kasih jugak students2 yang whatsapp bagitau ustazah pasal Hariz. Even orang yang first bagitau bende tu guru pembimbing aku, Ustazah Noni. Aku time tu, "Tak konfem lagi ni. Mesti sekarang ade kat hospital je." Lepastuh Hafis 4PN dm kat ig, Alya whatsapp. And masetuh rase macam aku dah hilang dia. For sure. Hurm... Terima kasih jugak pada 2KAA yang bertanya khabar, bagi semangat even ustazah tahu korang lagi sedih sebenarnya. Kita sama-sama merindui arwah. Al-Fatihah Hariz Adri.